CABUTAN MINIT MAJLIS KONGRES KALI KE LIMA BERTARIKH 06 JUN 2010 BERTEMPAT DI MERDEKA PALACE, KUCHING SARAWAK.

Perlaksanaan dan pemantauan agensi insuran yang telah dilantik oleh CUEPACS, bahawa Majlis Mesyuarat Kongres telah membuat keputusan seperti berikut:

Syarat-syarat Pemasaran

1. Semua agensi insuran yang dilantik tidak di benarkan mengunakan letter head CUEPACS bagi semua urusan pemasarannya. Sebaliknya agensi tersebut hendaklah mengunakan nama syarikat sendiri dan boleh lampirkan surat lantikan CUEPACS untuk menyatakan ianya adalah produk insuran yang di persetujui oleh CUEPACS.

2. Semua agensi insuran hendaklah memberi notis kepada CUEPACS tujuh (7) hari sebelum membuat mana-mana majlis penerangan produk insuran tersebut kepada jabatan kerajaan atau gabungan CUEPACS.

3. Tiada sebarang biro yang ditubuhkan oleh CUEPACS bagi mewakili produk insuran agensi terlibat.

4. Semua surat atau cadangan majlis penerangan hendaklah di buat salinan kepada CUEPACS.

5. Pihak agensi insuran hendaklah membuat/memberi senarai nama ahli yang mencarum kepada CUEPACS. [Nama ahli, agensi / jabatan / kementerian, kesatuan]

6. Semua agensi dipohon menyenaraikan nama-nama petugas bagi setiap pemasaran yang hendah dibuat.